#2

Saya dah cuba lakukan apa yang awak mintak. Tapi saya gagal. Berulang kali saya cuba tapi tetap gagal. Silap saya yang lama awak nampak sampai sekarang. Itu yang awak ungkit setiap kali kita gaduh. Salah awak saya terima dengan hati yang lapang. Marah saya cuma sekejap. Tak pernah terlintas untuk saya sakitkan hati awak macam mana awak buat pada saya. Silap saya cuma sekali. Mungkin sudah tertulis jalan cerita kita macam ni. Saya pasrah. Bukan saya nak melawan takdir. Tapi bila melibatkan soal hati, saya jadi sakit. Hati ni sudah tertulis nama awak. Kekal dalam hati saya cuma awak. Hmmm. Saya letih awak. Tolong lah terima saya dengan seadanya. Saya dah cuba jadi yang terbaik untuk awak. Letih mengalirkan air mata setiap kali saya ingat awak yang dulu dan sekarang. Saya berusaha tiap masa untuk bahagiakan awak, lihat awak gembira bila dengan saya. Walaupun kadang tu saya tak berupaya.Tapi demi awak, saya tak kisah. Atas nama Allah, hanya awak ada dalam hati saya. Awak segalanya bagi saya. Tak mungkin ada yang lain selain awak. Jauh dalam hati saya, saya mampu tersenyum bila saya tengok semua gambar kenangan kita. Kata orang setiap apa yang terjadi kita kena hadapi dengan senyuman. Relakan saja apa yang jadi. Terima kasih atas ujian-Mu Ya Allah. Sejujurnya aku tak mampu berjauhan dengan dia. Tapi aku bersyukur sebab Kau hadiahkan dia kepada aku. Terima kasih atas dugaan ini. Kau membuatkan aku lebih mengenali erti menghargai. Em, terima kasih b. Saya harap hati awak tak pernah berubah jika awak benar-benar mencintai dan menyayangi saya saya sepenuh hati awak. Selamat ulang tahun kita yang ke setahun sembilan bulan hari ini. Ayg sayang b :(

No comments:

Post a Comment