#1

Tepat jam pukul 5 aku bangun. Dapat tidur 2 jam je pun cukup lah. Tak tau apa yang aku study untuk subjek Pengajian Malaysia. Harap apa yang aku baca tu keluar. Bangun je tidur aku terus capai buku nak study sikit apa yang tak sempat baca tadi. Pergi lepak duduk dekat hall terus ingat dekat dia. Jatuh lagi airmata aku. Tuhan je tau macam mana aku rindu dekat dia. Text rindu tapi tak dibalas. Ya Allah, tak ada semangat langsung aku nak jawab paper pagi ni. Orang lain semua wish support member buat elok-elok. Tapi aku? Tak ada kata-kata semangat dari dia. Tuhan je tau apa aku rasa masa ni. Kadang-kadang aku penat. Penat berperasaan. Tapi dah lumrah hidup macam ni. Kena redha dengan semua ujian yang Allah bagi. Azie. Dia dah macam adik aku. Apa yang aku rasa aku luahkan dekat dia. Sedih. Aku tak semangat. Menggigil tangan aku. Aku takut. Macam-macam yang aku rasa.

Kenapa ego kau tinggi sangat? Selalu buat aku nangis. Belajar la untuk lembutkan hati tu. Aku tak nak compare kan kau dengan siapa-siapa. Setiap baik buruk kau seinci mana pun aku terima seadanya. Sebab aku cuma sayang kau sorang je. Even aku ada buat salah atau merajuk dengan kau, aku nak kau datang jumpa aku. Peluk aku. Cium dahi aku. Sebab apa yang aku nak cuma kan perhatian dari kau. Lagi 2 hari anniversary kita yang ke setahun sembilan bulan. Aku tak nak kita terus macam ni. Aku letih. Letih mengalirkan airmata setiap kali aku teringat kan kau. Datang la jumpa aku. Aku tunggu.

No comments:

Post a Comment