Just this

Oh. Em. Hello. Serious lama jugak aku tak update blog. Lama jugak aku tak jenguk benda alah ni. Yang kalau ada depan mata mungkin dah berhabuk. Sebenarnya tak ada apa pun yang nak diceritakan. Saja nak mengisi masa yang tengah boring sekarang. Idea untuk aku bercerita pun tak banyak. Sebab mood aku sekarang mood nak tidur je. Sementara tunggu encik boyfriend balik rumah, itu yang aku saja-saja gatal nak menaip. Sebab aku rasa kesian sangat dekat blog aku yang memang lama aku tak bukak ni. Hmph. Maaf ya sayang?

Lagi berapa hari je college nak bukak. And masa tu semua student mmc sibuk nak register sem. Aku? Hmph. 7 May ni jugak la aku register untuk semester 4. Apa yang aku takut kan cuma result sem yang lepas. Aku risau sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Harap-harap semua subject yang aku ambik pass. Aku tak mintak untuk dapat A. Tapi cukup sekadar lulus je. Pointer pun mintak-mintak tak turun teruk sangat.

Aku bukan apa. Cuma aku dah tak larat nak repeat paper yang sama. Nak mengadap mmc tu je pun aku dah malas. Kalau orang yang bodoh pun boleh habis mentah-mentah macam tu takkan la aku tak boleh. Betul tak? Aku cuma mampu doakan yang terbaik untuk semua keputusan aku. Tak ada apa yang boleh aku bagi selain membanggakan mak abah aku. Itu je yang aku mampu. Goodnight.

No comments:

Post a Comment