Demam

Masuk harini dah 5 hari aku demam. Penyakit yang aku paling menyampah ni la bila kena selsema dengan batuk. Rasa menyesal tak bawak balik ubat. B cakap aku degil sebab tak dengar cakap dia. Ye, memang aku degil pun. Air asyik meleleh je kot hidung ni. Nak tidur ni kang mesti tak selesa. Bila ntah demam ni nak baik :( Rimas la. Waktu macam ni kalau kat rumah sewa mesti aku dah tidur dah. Tapi harini tak sebab aku kat manjung, tak boleh nak tidur ingat kat orang sana. Takpela dugaan cuti 3 hari je. Isnin nanti jumpa la, itupun kalau b dah balik kl. Esok kan pagi² b nak balik penang. Dah la tak cukup tidur. Em takpela dalam kereta boleh tidur. Untung dapat berjalan jauh.


Hidung dah tersumbat ni sebab tak makan ubat. Makan ubat pun tak ikut time. Esok mama cakap nak beli ubat kat farmasi je, tu lagi bagus kot. Sebab aku malas nak bangun pagi² pergi klinik. Tapi esok kena bangun awal jugak sebab mama kata banyak kerja nak kena buat. Yela hari ahad dah raya. Malas betul. Aku tak semangat rasa. Sebab demam ni la. Bodoh. Dah tu taknak sembuh cepat² pulak. Hmmph.


Dah la nak tidur, tak larat.

No comments:

Post a Comment