Celoteh

Assalamualaikum dan selamat pagi :)


Aku baru je bangun tidur. Niat nak tidur lama lagi tapi biasa la mak mana yang suka anak dara tidur lama². Rimas. Aku ingat bila dah bangun tidur ni batuk dengan selsema ok la sikit, tapi sama je aku tengok. Macam makin teruk pulak. Bangun² je ni perut dah bunyi. Lapar. Tapi aku tau kalau aku turun bawah sekarang pun makanan bukannya ada. Kang kalau aku turun disuruhnya buat kerja rumah. Aku bukan malas cuma tak larat je, biasa la orang sakit.


Ni lagi satu hal. Dia ni bangun tak reti nak msg aku ke. Online boleh pulak. Entah² dah gerak balik penang lepas tu dah mengantuk sangat sampai lupa nak msg aku. Tu mesti tengah sedap tidur dalam kereta tu. Eish perut ni la. Aku tau la nak makan. Memekak je la.

No comments:

Post a Comment