Barang yang lepas

Assalamualaikum 

Ok entri kali ni aku nak bagi tahu yang aku rindu sangat² zaman sekolah dulu. Tiba² terlintas dalam kepala otak aku ni dekat kawan aku yang sorang ni Nurul Atiqah Zamri. Kenapa aku teringat dia? Sebab dia ni lah kawan aku dari sekolah rendah yang rapat dengan aku sampai lah sekolah menengah. Kenapa tak sampai sekarang? Sebab loss contact tiba². Haha padahal rumah tak lah jauh mana pun. Duduk dalam manjung jugak. Yang aku suka pasal dia ni kalau bergelak dengan dia mesti rasa nak terkencing. Tak sah kalau tak cakap dengan cikgu nak pergi tandas. Haha.

Waktu sekolah rendah aku pergi mana² mesti berdua je dengan dia. Satu kelas pulak kan, dalam kelas duduk sebelah². Hee. Dah tak ada kawan lain lagi. Pergi kantin sama². Boleh dikatakan macam belangkas jugak lah. Haha. Bila habis waktu sekolah, nanti petang² mesti aku kayuh basikal pergi lepak rumah dia main badminton lah. Tu je transport yang ada pun. Kadang² tu borak² kosong je sampai gelak² lepas tu nak terkencing. Haha! Mesti ada kan nak terkencing tu? Aduhai sakit perut ni tak larat nak gelak dah. Dari darjah 5 aku mula kenal dengan dia sampai lah sekarang ni. Sekarang berhubung pun melalui laman sosial facebook je. Haha skema tak aku? Hee. Yelah masing² dah busy dengan karier sendiri kan :) Dia belajar kemana² dah. Aku je yang tercorok kat sini. Yang penting dia lagi bijak dari aku. Memang tak dapat dinafikan lagi. Baru² ni dia dapat anugerah pelajar cemerlang. Aku sebagai kawan mesti lah bangga kan ada kawan yang macam tu. Hee. Aku entah bila lagi lah nak dapat anugerah yang macam tu. Kali terakhir pun waktu sekolah kot itu pun dapat anugerah nilam sebab banyak membaca. Aku bukan baca pun, tiru ambil sinopsis belakang dah la.

Masih ingat lagi waktu hari jadi aku dulu, memori ni aku tak pernah lupa sampai sekarang. Aku tak pernah sangka pun aku akan dapat hadiah dari dia. Bila hari jadi aku dah tiba, lepas je habis perhimpunan dekat sekolah aku terima kotak hadiah kecil dari dia. Dia cakap tu hadiah untuk aku, aku gelak² je la tanda suka lah kan. Hihi. Lepas tu dia suruh aku bukak sambil sengih² tunjuk gigi. Aku pun bukak lah macam biasa. TAHU TAK DIA KASI AKU APA? DIA BAGI AKU SABUN MANDI SYAZA. Ok dia pun dah gelak². Aku pun gelak la jugak. Dah excited gila bukak nak tengok hadiah apa sekali itu yang aku dapat. Kawan² punya pasal kan, aku tak marah. Waktu tu dah naik sekolah menengah dah.

Sejak sekolah menengah aku dah tak sama kelas dengan dia lagi. Yelah dia kan budak pandai, aku mana layak nak masuk kelas atas² ni. Duduk lah aku kelas bawah². Haha sedih. Walaubagaimanapun, kitorang still bersama pergi kantin makan sama. Dia dilantik jadi pengawas sekolah untuk mengawal murid² yang keras kepala tak faham bahasa macam aku kan. Memang aku nakal waktu sekolah yang penting aku memang suka mencapap di kelas² yang lain bersama budak² kelas aku. Dah sah² la perempuan kan. Kaum macam ni kan suka nak jual muka konon lawa. Tapi aku macam tu cuma di Tingkatan 3 je. Lepas tu dah insaf. Hee. Yela dapat didikan dari boyfriend waktu zaman sekolah. Dah setia macam nak mampus last² kena tinggal jugak. Tak guna aku setia. Huh.

Tu lah kisah zaman brutal aku dulu kan. Hahaha! Macam² kenangan. Makin lama makin aku rindu zaman² sekolah dulu. Rindu dekat budak² kelas yang perangai gila², rindu dengar gelak tawa mereka, rindu cikgu, rindu nak pakai baju sekolah, rindu pak guard, rindu pakcik kebun, rindu auntie² sapu sampah dekat koridor. Hahaha. Rindu semua lah.

2 comments:

  1. So sweet syaza! kau citer tntg aku jew! wahh wahhh!!hehehe rindu gak kat kau syaza..kau laa kawan aku..pasal sabun tuu just suke2 yelahh budak2 ag ann..dlm sej sorg bagi adiah camtuu kat kauu..amek! hahaha kau pun pandai jew. same cam aku tak ade beza pown kiter same..hehe..kau sambung blaja nie pown okay ape.. alhamdulillah.. :D da lame tak lepak2 kat umah kau..tgk tv main game same2..baring same2..rindu saat tgk kau memasak even nak terentung rumah time tuu..hahahaa

    ReplyDelete
  2. haha semua tu kenangan. rindu sangat! :)

    ReplyDelete