Tak ada hala tuju

Hurm hati ni sedih sangat dengan kehidupan sekarang yang sememang takde hala tuju. Aku sering memikirkan masa depan aku yang aku sendiri pun tidak tahu apa akan jadi. Sebab aku bukan Tuhan untuk menentukan semua. Kalau ada mesin untuk melihat masa hadapan memang aku dah beli dulu. Aku sendiri buntu dengan kehidupan aku. Walaupun aku ada kawan² dan kekasih untuk aku kongsikan kisah suka-duka aku tapi aku lebih senang dan selesa untuk tidak sesiapa tahu apa yang aku rasa.

Mereka sering bertanyakan apa masalah aku, ''Kalau ada masalah boleh bincang, mana tahu kalau boleh tolong". Aku sendiri tak mahu menyusahkan mak bapak aku ini kan pulak orang disekeliling yang dekat dengan aku. Huh cakap memang senang, tapi aku yang tanggung. Aku sering menangis dengan apa yang dah terjadi pada aku sebelum ini. Aku menyesal. Aku meyesal kerana aku kenal dengan engkau yang aku sendiri memang menyampah pada mulanya. Huh! Masalah datang bertimpa² dalam hidup aku. Ya Allah, kau jauhkan lah dia dari hidup aku. Aku tak mahu ada kaitan apa-apa dengan syaitan tu lagi. Aku benci. Semua yang seangkatan dengan dia aku tak nak ambil tahu lagi. Ye, mereka semua dah mati bagi aku!

Tapi aku berharap satu hari nanti kau akan sedar dengan perangai kau yang aku rasa orang lain menyampah dan muak dan meluat dengan cara dan tingkah laku kau termasuk lah aku sendiri! Manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan. Tapi masih ada jalan penyelesaiannya.

Hurm, aku? Aku nak banggakan mak bapak aku. Aku tak nak mereka menitiskan air mata kerana sikap aku tapi biarlah mereka menitiskan air mata kerana kejayaan aku. Hurm. InsyaAllah mama abah satu hari nanti syaza akan buktikan semua ni! Sedih sangat sebab waktu² macam ni bila aku sedang nangis, aku nak mama dengan abah. Tapi aku tahu mereka jauh. Tapi ini lah hakikatnya anak mama abah tengah sedih sangat. Hati dia selalu sakit, dia selalu pendam sorang². Dia tak kuat nak hadap semua ni dengan sendiri. Banyak masalah yang datang bertimpa². Kalau la boleh tidur lepas tu bila bangun semua masalah boleh hilang. Huh.

Harapan aku, aku nak mulakan hidup yang baru. Tak nak ada gangguan sebab aku betul² nak berubah. But I'm still the same syaza. I just learned from my own mistakes. Untuk mama dengan abah, tunggu syaza bawak balik segulung kertas dekat tangan yang diikat dengan reben colour merah. Hehe.

Much Love, Syaza 

3 comments:

  1. come on syaza.tak semua masalah ta bley diselesaikan..i know you can do it! fighting! im always besides you even poblem tuu secret :)

    ReplyDelete