Sepatah dua kata

Tepat jam 3.30 pagi waktu Malaysia.


Hubungan tak selama nya indah. Kadang² aku gembira dan kadang-kadang aku sedih sampai berlinang air mata memikirkan apa yang dah jadi. Mungkin kalau orang lain fikir aku ni bodoh, hal kecik pun nak kecoh². Suka hati lantak korang la nak fikir cakap aku apa. Bak datang duduk tempat aku tengok rasa macam mana aku rasa. Kang korang sendiri yang tak lalu. Silap² mati bunuh diri sebab tak larat nak tanggung masalah yang banyak datang bertimpa².

Hati pedih campur sakit ibarat kena dek panah petir kilat sabung-menyabung, tak cukup lagi ditambah pulak dengan duri yang sangat tajam, campur lagi pisau ke parang ke kapak ke yang baru lepas asah tu kan. Hurm walaupun aku tahu semua tu dugaan tapi aku harap aku masih kuat dan tabah untuk terima semua ini. Selepas ini, aku akan belajar macam mana nak tanggung, nak hadap, nak terima semua ni sorang².

Walaupun hari ini aku masih ada orang lain yang patut ada bersama susah senang dengan aku, tapi aku rasa aku patut belajar berdikari sendiri untuk susah senang sendiri². Hee. Bukan dah benci dan meluat ataupun muak, tapi biar lah aku macam ni. Dan aku lebih selesa untuk orang lain tidak tahu apa yang aku lalui. Ye, hati memang pedih! Tapi aku kena kuat kan jugak. Banyak lagi benda yang aku akan lalui lepas ni kerana perjalanan aku masih jauh dan bukan setakat disini sahaja. Walaupun hati sedih tapi aku pasrah.

Facebook. Kerana facebook, ramai couple² gaduh dan sehingga hubungan yang sudah lama terjalin akhirnya putus macam tu je. Oh sweet sungguh cara diorang berpisah kan. Puihh!

Ye, masing² dah besar dah boleh fikir. So boleh fikir cara matang jugak kan? Jujur sejak akhir² memang sentap la. Tapi sengaja buat dek je. Malas nak fikir sangat. Seronok tengok kawan² lain yang boleh enjoy lepak keluar ramai² boleh chill gelak². Tak tahu bila nak merasa lagi hari yang sweet macam tu kan. Duduk dengan family pun susah gila nak keluar dengan kawan². Ingatkan bila dah habis belajar boleh la nak chill out kan rupanya sama jugak. Em mungkin takdir untuk syaza azwana memang macam ni kot. Tak apa la, alasan sebab kita ni perempuan. Nanti bila dah kahwin ada anak mesti batak kan baru la nak enjoy lepak dengan kawan². Padahal waktu² macam tu duduk rumah jaga anak, masak untuk suami yang penat balik kerja nanti. Tak baik melawan cakap suami nanti tak cium bau syurga pulak.

Aku tau lelaki memang tak suka dikongkong dan aku pun tak suka nak kongkong sangat. Sebab kan diorang ni lelaki, faham² sendiri lah. Jangan sampai kaum adam ni dah bosan dia pun cari yang lain. Hubungan kita nak lama kan? Kalau boleh nak sampai kahwin insyaAllah kalau ada jodoh :)

Manusia ada kelebihan dan kekurangan mereka. Err ayat aku berterabur gila malam ni. Entah la haih. Tak selesa ni air meleleh kat hidung ni. Satu je nak cakap. Saya nak awak bukan sahaja jadi kekasih hati tapi cuba jadi seorang kawan untuk saya, penghibur duka lara, peneman waktu suka ataupun sedih. *Maaf tak boleh nak taip lagi :'( Sedih sangat-sangat sebab teringat lagi waktu mula kenal. Semua msg² tu ada lagi. Banyak yang dah lain, setiap msg aku ingat. Tak sama macam dulu. Msg yang ringkas tapi bermakna semua dah susah nak dapat lagi. Sekarang selalu menangis, badan pun susut je. Em mana Muhammad Afiq yang dulu waktu mula² kenal? Pulangkan Afiq yang dulu boleh tak? Afiq dulu tak pernah buat aku nangis, bila dengan dia mesti aku happy, senang hati je. Bila senang hati cepat aku gemuk aku. Em tapi sekarang. Cuma aku yang tahu.

1 comment:

  1. emm syaza..bsabar la..nie sume dugaan Tuhan. kalu da memg jodoh tak kemane c dea tuu..kalu aty kau sakit kau terus terang jew kt c dea..insyAllah idea aku nie bkesan, cam aku bt dekt pkwe aku..alhamdullilah hingga sekarang still kekal. same2 laa doakn yg tbaik :) huahuahua dlm phubungan kne ade yg beralah n menang..adat~ tuu biase laa ade salji, ade ombak, ade api, ade angin *fhm ann wht i means..? ta smestinya bahagia owez..hehe muahh yg penting aku jew sayang kau ikhlas :)

    ReplyDelete